Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHomeViral

Sumbangan Ramadan RM120,000 Tabung Baitulmal Sarawak

By 12 Jun 2017Tiada komen2 minit bacaan
Oleh Mohd Baharruddin Mohamad / foto: Razali Ihi

KUCHING, 12 Jun (Malaysiaaktif) –Al-Quran membawa pengertian mendalam bagi memberi kesedaran kepada umat Islam untuk membaiki diri seterusnya mengukuhkan perpaduan serta memajukan umat Islam itu sendiri

“Tujuan agama adalah untuk mempertingkatkan darjat dan akhlak manusia dalam menjalankan kehidupannya. Al-Quran berkait rapat dengan kehidupan manusia sebagai panduan ke arah kehidupan yang lebih teratur dan maju” demikian menurut Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dalam perutusan beliau sempena Sambutan Nuzul Al-Quran peringkat Negeri Sarawak di Masjid Darul Hana di sini semalam.

nuzul 1

Tun Taib (tiga kiri) menyampaikan cek sumbangan daripada Baitulmal Sarawak kepada Hj Iskandar Razali (dua kanan) mewakili Lembaga Kebajikan Anak Yatim Sarawak.

Beliau berkata,“Itulah keberkatan Al-Quran yang diturunkan dalam bulan Ramadhan. Bulan yang mengajar manusia untuk mengawal nafsu dan melakukan hal-hal kebaikan kepada semua manusia.”

“Sambutan Nuzul Al-Quran yang diadakan pada setiap bulan Ramadan dalam kalendar Islam memberi peluang dan ruang kepada umat Islam untuk memperingati perjuangan dan pengorbanan Nabi Muhammad SAW dalam mengembangkan syiar Islam.”

Majlis bertemakan “Ukhwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah” yang dihadiri oleh isteri beliau Puan Sri Ragad Kurdi Taib itu turut menyaksikan kehadiran lebih 1,000 orang umat bersama Ketua Menteri Datuk Amar Abang Abdul Rahman Johari Tun Openg serta isteri Datin Amar Jumaani Tuanku Bujang.

Nuzul 3

Tun Taib (empat kiri) menyampaikan cek sumbangan Baitulmal kepada Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Demak Baru.

Sempena majlis itu juga, Tun Taib menyampaikan sumbangan berjumlah RM60,000 untuk diagihkan bagi memanfaatkan wakaf Medan Hamidah. Sumbangan yang disalurkan daripada Tabung  Baitulmal Sarawak (TBS) kepada Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak itu bertujuan untuk membantu menampung pembiayaan pengurusan.

Selain itu, beliau turut menyampaikan sumbangan daripada TBS bernilai RM60,000 kepada Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Demak Baru untuk tujuan yang sama.

Sambutan Nuzul Al-Quran tahun ini dimeriahkan dengan pelbagai pengisian, termasuk forum Nuzul Al-Quran dan ceramah yang bermula sejak 8 Jun lepas.

 

 

-AAS

Tinggalkan komen anda