Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

138 Anak Yatim PERYATIM Diraikan SEDC

By 13 Jun 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan / foto oleh Mohd Baharruddin Mohamad / Mahmud Sulaiman(Sarawak)

KUCHING, 13 Jun (Malaysiaaktif) – Seramai 138 orang kanak-kanak yang terdiri daripada 71 orang lelaki dan 67 kanak-kanak perempuan dari Kompleks Kebajikan Laila Taib (PERYATIM) diraikan pada majlis berbuka puasa Hotel Grand Margherita di sini malam tadi.

Menurut Pegawai Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Sarawak (SEDC), Afikah Othman, majlis ini merupakan program tahunan tanggungjawab sosial korporat dengan kerjasama hotel tersebut dan Hotel Riverside Majestic Kuching.

“Program seperti ini memang dijalankan tiap-tiap tahun apabila menjelang hari raya, dengan harapan dapat menceriakan anak-anak yatim agar mereka berasa dihargai oleh masyarakat,” katanya.

Pelajar Tingkatan Enam Sekolah Menengah Matang Jaya, Kuching, Nurul Aiman, 19, yang berasal dari Kampung Tema, Tebedu, Serian berasa teruja dijemput berbuka puasa dengan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

“Saya dan adik saya rasa terharu kerana kami sentiasa dibantu dan diingati setiap kali menjelang hari raya,” ujarnya lagi.

anak yatim 2

Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg (dua dari kiri) bersama isteri, Datin Amar Dato Hajjah Jumaani Tuanku Bujang (kiri) menyampaikan sumbangan.

“Duit yang saya terima nanti akan saya gunakan dengan sebaik-baiknya selain untuk membeli perkakas sekolah dan baju raya,” jelasnya lagi.

Sementara itu, pelajar SMK Tunku Abdul Rahman, Kuching, Mohd Aniq Syafiq Maula Abdul Kadi,17, dari Kampung Teku, Sibu menjelaskan kali ini kali kelima dia dijemput.

Mohd Aniq, anak tunggal yang sudah lima tahun menetap di rumah anak yatim tersebut berasa gembira dan bersyukur kerana dijemput dan selalu menerima sumbangan daripada pelbagai pihak.

“Dengan adanya duit yang saya terima ini, akan saya gunakan untuk perbelanjaan harian dan selebihnya saya akan simpan,” jelasnya.

Dalam majlis itu, Datuk Amar Abang Johari diiringi isterinya, Datin Amar Jumaani Tuanku Bujang menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim tersebut.

yatim 3 (1)

Abang Abdul Rahman Zohari bersembahyang berjemaah bersama anak-anak PERYATIM serta tetamu jemputan yang lain

Datuk Amar Abang Johari turut menyerahkan zakat perniagaan SEDC berjumlah RM250,000 kepada Pengurus Besar, Tabung Baitulmal Sarawak, Datu Haji Abang Muhammad Shibli Abang Mohd Niillie.

Selepas berbuka, beliau dan isteri menyempurnakan solat berjemaah bersama anak-anak PERYATIM serta tetamu yang lain.

 

 

-SH/AAS

Tinggalkan komen anda