Skip to main content
Berita TempatanHomeKelantan

Semarak Merdeka Rapatkan Hubungan Pemimpin-Rakyat

By 14 Ogos 2017Ogos 16th, 2017Tiada komen2 minit bacaan
Β Laporan dan foto : Hasniza Hassan /Khairunnisa Ismail (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 14 Ogos (Malaysiaaktif) – Program Negaraku: Semarak Merdeka bukan sekadar mengisi aturcara sempena bulan kemerdekaan malah menjadi wadah merapatkan hubungan antara pemimpin dan penjawat awam.

Menurut Tan Sri Annuar Musa, merangkap ahli Parlimen Ketereh, program seumpama ini harus diadakan dengan lebih kerap agar luahan dan masalah dapat didengari dan dibantu.

“Sekiranya ada jabatan yang memerlukan sebarang keperluan seperti kursus, bimbingan, seminar serta bengkel, saya akan cuba membantu penjawat awam bagi merealisasikan hasrat mereka,” ujarnya lagi.

Annuar (tengah) menegaskan perpaduan merupakan elemen penting dalam mencapai kegemilangan negara.

Annuar (tengah) menegaskan perpaduan merupakan elemen penting dalam mencapai kegemilangan negara.

Annuar turut mengulas tema hari kebangsaan tahun ini iaitu ‘Negaraku Sehati Sejiwa’, cukup relevan dalam memupuk persefahaman harmoni yang kian tercalar dewasa kini.

“Tema tahun ini tidak lain untuk memupuk semangat rakyat Malaysia agar lebih bersatu kerana akhir-akhir ini kelihatan sedikit kelompangan di dalam perpaduan.

“Perpaduan merupakan komitmen kerajaan pusat dalam mencapai kegemilangan negara,” jelasnya lagi di Perkarangan Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh, di sini siang tadi.

Program anjuran Jabatan Penerangan ini dihadiri lebih 250 kakitangan dari pelbagai agensi jabatan kerajaan Parlimen Ketereh.

Pada majlis tersebut, Annuar turut menyampaikan Jalur Gemilang kepada wakil jabatan dan agensi di sekitar Ketereh ini.

Menurut seorang anggota Bomba dan Penyelamat Ketereh, Azrol Yusri Che Yaakob, 38, kesempatan bertemu wakil rakyat merupakan peluang keemasan untuk dirinya.

“Kesempatan begini sedikit sebanyak dapat memberi kesan positif kepada kami penjawat awam terhadap kepimpinan kerajaan pusat,” katanya.

Turut hadir Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan, Nazili Hj. Mahmud, dan Pegawai Pembangunan Jajahan Kota Bharu, Norazam Mohd. Noor.

-SH

Tinggalkan komen anda