Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangorViral

Enam Pesawat Sewa Malaysia Airlines Operasi Februari 2018

By 27 September 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan dan Foto oleh: Norfarhana Mohd Zainal Abidin (Petaling)

PETALING, 27 September (Malaysiaaktif) – Pengerusi Malaysia Airlines Berhad, Tan Sri Md Nor Yusof hari ini menegaskan bahawa Malaysia Airlines (MAS) menyasarkan untuk mendapatkan semula kedudukan Penerbangan Premium Bertaraf Lima Bintang.

“Terdapat dua soalan yang sering MAS tanyakan kepada pelanggan iaitu sama ada MAS diperlukan atau tidak dan adakah mereka akan tetap memilih MAS tidak kira apa jua harga yang ditetapkan, namun pelanggan kebanyakannya hanya bersetuju dengan soalan pertama dan tidak semua bersetuju pada soalan kedua,” katanya pada sidang media di Akademi Malaysia Airlines, di sini.

Bagi mengimbangi kehendak pelanggan di samping meneruskan Pelan Pemulihan MAS yang bermula sejak 24 Ogos 2014, MAS telah menempah sebanyak 25 buah Kapal Terbang Jenis Boeing 737 dan beberapa model lain termasuk baru dan kapal terbang terpakai dari pihak Boeing dan Airbus.

Penerangan Strategi MAS oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Peter Brendan Bellew

Penerangan Strategi MAS oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Peter Brendan Bellew

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Peter Brendan Bellew, mengumumkan bahawa MAS telah menandatangani Surat Niat (Letter of Intent) dengan pihak AerCap hari ini untuk sewaan enam pesawat terpakai model A330-200 yang dijangka akan tiba bermula Februari 2018.

Jelasnya sewaan baharu ini adalah untuk menggantikan enam pesawat lebih kecil model Boeing 737 yang akan dipulangkan semula kepada penyewa dalam tempoh terdekat.

“Tindakan ini diambil kerana MAS mengambil kira penjimatan kos yang terlibat jika menggunakan kaedah ini yang mana penggunaan strategi ini lebih menjimatkan kos berbanding strategi yang digunakan sekarang. Melalui sewaan pesawat yang lebih besar ini, ia mampu menampung lebih penumpang untuk ke satu-satu destinasi,” katanya lagi.

Bellew turut mengumumkan Projek Amal Untuk Jemaah Haji dan Umrah yang dijangka bermula pada 2019.

Bellew turut mengumumkan Projek Amal Untuk Jemaah Haji dan Umrah yang dijangka bermula pada 2019.

Boeing A330-200 yang akan disewa untuk tempoh enam tahun bermula pada tahun 2018 sehingga 2023 ini menawarkan dua kelas perkhidmatan iaitu kelas perniagaan dengan 19 tempat duduk berbaring dan kelas ekonomi dengan 287 tempat duduk.

Pada program yang sama, Peter turut memaklumkan tentang Projek Amal yang sebelum ini dikenali sebagai Project Hope.

Jelasnya, penerbangan khas untuk membawa jemaah Haji dan Umrah ini dijangka bermula pada tahun 2019 dan mensasarkan jemaah Haji dan Umrah dari serantau Asia.

 

Tinggalkan komen anda