Kompang Lima Beradik Bikin Sesak di PWTC

WhatsApp Image 2017-12-07 at 10.35.52 AM

 

Laporan dan Foto oleh: Syed Hisham Shah (Putrajaya)

KUALA LUMPUR, 7 Dis (Malaysiaaktif) – Bermula sebagai penyeri dalam majlis perkahwinan, kini khidmat mereka ditagih dalam setiap majlis termasuklah majlis-majlis rasmi. Sama sekali tidak manyangka, ‘Kompang Lima Beradik’ (KLB) gembira dengan penerimaan masyarakat terhadap mereka.

Ahli KLB, Fahmi Azarul

Ahli KLB, Fahmi Azarul

Dianggotai lima orang bersaudara, Muhammad Khalid, 24, Ezzat Shafie, 21, pasangan kembar Fahmi Azrul dan Fauzi Azizul, 20, serta Syamsul Arif, 17, mereka terus mengorak langkah sebagai penyeri dalam majlis-majlis keramaian.

Kumpulan yang ditubuhkan sejak tahun lalu ini, bukan sahaja memukau penonton dengan gerakan tari mereka, malah mengujakan penonton dengan pilihan lagu-lagu terkini dan sohor kini.

Menurut Fahmi Azarul, tidak terlintas bagi mereka untuk berada pada tahap hari ini kerana pada awalnya mereka hanya bermain suka-suka sahaja.

“Persembahan pertama kami adalah pada majlis perkahwinan seorang saudara dan tidak menyangka persembahan kali pertama itu menjadi tular dalam laman sosial.

“Persembahan kami memerlukan pergerakan, nyanyian serta paluan kompang, mungkin itu adalah kelainan yang tidak ada pada persembahan kompang yang lain,” ujar pelajar Diploma Bahasa Inggeris, Kolej Antarabangsa Kirkby ini.

KLB ditemui semasa majlis Perasmian Pameran Korporat Kementerian Dalam Negeri oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmaf Zahid Hamidi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 semalam.

KLB membuat presentable di tapak Pameran Korporat KDN di PWTC, semalam

KLB membuat presentable di tapak Pameran Korporat KDN di PWTC, semalam

Selain memenuhi undangan majlis perkahwinan, mereka juga mengadakan persembahan dalam majlis rasmi dimana setiap persembahan kebiasaannya mengambil masa selama 10 minit, dengan formasi yang menarik.

Tambah Fahmi, setakat ini mereka cukup berpuas hati kerana dapat menghiburkan orang ramai hingga tidak menang tangan dalam memenuhi jemputan bagi memeriahkan majlis yang diadakan.

– AH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...