Skip to main content
Berita TempatanPahang

[VIDEO] Kerabat Diraja Pahang Ziarah Mangsa Banjir

By 3 Januari 2018Tiada komen1 minit bacaan

Laporan & foto: Pai Syahira Yahya (Kuantan)

KUANTAN, 3 Jan (Malaysiaaktif) – Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mencemar duli menziarahi mangsa banjir di empat pusat permindahan banjir di sekitar Kuantan.

Baginda diiring Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut mencemar duli melawat, beramah mesra dan berkenan menyempurnakan sumbangan kepada mangsa banjir.

WhatsApp Image 2018-01-03 at 11.57.54 AM

Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ketika ditemui media

Antara lokasi pusat pemindahan dilawati baginda bersama isteri adalah SK Fakeh, SMK Pandan, Dewan Jabatan Pengairan dan Saliran selain Dewan Orang Ramai Sri Damai.

Dalam lawatan tersebut, baginda turut berpesan agar rakyat tidak menularkan berita negatif berkenaan isu banjir di media sosial.

“Saya berharap kita dapat menghentikan berita-berita negatif di media sosial kerana akan menyusahkan mangsa banjir” dalam titah baginda.

Sementara itu, menurut mangsa warga emas yang terlibat, Mohd Ariffin Jaafar, 61 dia berasa terharu melihat keprihatinan pasangan diraja kepada mangsa banjir dan berpuas hati dengan layanan di pusat pemindahan banjir.

Mangsa yang ditempat di pusat pemindahan banjir

Mangsa yang ditempat di pusat pemindahan banjir

Turut berangkat melawat mangsa, anakanda baginda, Tengku Hassanal Ibrahim Shah ibni Tengku Abdullah.

Sehingga 12.00 tengah malam tadi, sebanyak 11 pusat pemindahan telah dibuka dan searamai 1018 mangsa terjejas banjir telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di sekitar Kuantan.

Tinggalkan komen anda