Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeTerengganu

GNN 2017 Ubah Lanskap Kehidupan Nelayan

By 10 Januari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Ā Laporan dan foto : Aneta Ahmad (Kemaman)

KEMAMAN, 10 Jan (Malaysiaaktif) ā€“ Kejayaan program Gelombang Nelayan Nasional (GNN) 2017 yang telah dilaksanakan di Kuala Kertih tahun lepas disifatkan sebagai himpunan golongan nelayan peringkat kebangsaan dan merupakan satu perhimpunan yang luar biasa.

Menurut Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berpuas hati dengan GNN tahun lepas danĀ  pada tahun ini beliau telah memberi tambahan peruntukan bagi perlaksanaan GNN 2018 pada tahun ini.

Shabery (tengah) menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian kepada nelayan.

Shabery (tengah) menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian kepada nelayan.

ā€œGolongan nelayan, pengusaha kecil, peniaga serta pengusaha inap desa yang ada turut terkesan dengan kejayaan GNN yang lepas. Kawasan pantai ini dahulunya hanyalah kawasan yang dikelilingi oleh pokok rhu dan semak samun tetapi kini telah berubah wajah hasil dari perlaksanaan program GNN 2017.

ā€Maka, sebagai kesinambungan penganjuran GNN yang lalu, kita akan menganjurkan Karnival Keusahawan Wanita 2018 yang diharapkan dapat digunakanĀ  oleh pengusaha, peniaga dalam kalangan wanita untuk memasarkan dan menjual pelbagai produk.

ā€œKarnival Keusahawan Wanita ini akan mengumpulkan usahawan wanita dari seluruh Terengganu dan dijangka akan diadakan pada bulan Mac nanti di Pantai Kuala Kertih,ā€ jelasnya ketika ditemui bersama-sama nelayan dari Kawasan Kertih dan Kemasik, di sini.

Kedudukan Pantai Kuala Kertih yang startegik ini akan menjadi tumpuan serta tarikan kepada lebih ramai pengunjung khasnya pada hari minggu dan cuti persekolahan semasa karnival dilaksanakan.

Latif terharu golongan nelayan diberi perhatian oleh kerajaan.

Latif terharu golongan nelayan diberi perhatian oleh kerajaan.

Sementara itu, seorang warga nelayan yang ditemui, Abdul Latif Salim, 47, mengucapkan terima kasih dan berasa bangga kerana golongan nelayan diberi perhatian.

ā€œGolongan nelayan bukan sahaja berbakti di lautan sana namun tatap bersama-sama menyumbang kepada kejayaan masyarakat,ā€ jelasnya.

Senada dengan Latif, Razali Salleh,54, bersyukur dengan sumbangan yang diberikan memandangkan pada musim sekarang mereka tidak boleh turun ke laut kerana ombak kuat.

Shabery yang juga Ahli Parlimen Kemaman turut menyampaikan sumbangan barang keperluan harian kepada 250 orang nelayan bagi meringankan beban nelayan yang tidak boleh turun ke laut ekoran air pasang besar.

– SH

Tinggalkan komen anda