Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

Jualan Murah Jadi Tumpuan

By 13 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Mohd Sukri Ismail & W.Arif Fadhila W.Yusof (Machang)

MACHANG, 13 Feb (Malaysiaaktif) – Sambutan orang ramai pada jualan murah yang diadakan di Perkarangan Bangunan MARA, Sg. Hala Dewan Undangan Negeri Kemuning hari ini sangat mengalakkan.

Program yang dianjurkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kelantan dengan kerjasama Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub melibatkan sembilan buah gerai jualan mengambil bahagian antaranya, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, dan syarikat Padi Beras Nasional Berhad.

Menurut Ahmad Jazlan, jualan murah ini adalah untuk meringankan beban rakyat dan ia tidak mengira musim.

Orang ramai yang tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan yang dijual lebih murah.

Orang ramai yang tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan yang dijual lebih murah.

“Kerajaan sentiasa melihat kesusahan rakyat terutama golongan bawahan agar mereka juga dapat menikmati kemudahan yang disediakan. Program ini akan diteruskan dari semasa ke semasa supaya semua rakyat tidak ketinggalan membeli jualan murah,” katanya.

Kementerian Kesihatan juga bersama memberi perkhidmatan pemeriksaan darah kepada pengunjung-pengunjung yang hadir.

Nik Ahmad Idris, 72, yang mendapatkan khidmat dan pemeriksaan darah mengatakan program sebegini amat baik untuk penduduk setempat.

“Inilah pertama kali diadakan jualan murah seperti ini yang dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dapur dengan harga lebih murah berbanding dengan harga pasaran.

Sementara itu seorang pengunjung, Zainuddin Mat Jusoh, 60, teruja apabila melihat kehadiran orang ramai seawal lapan pagi untuk membeli barangan.

“Harga yang lebih murah berbanding di pasar,” jelasnya yang turut membeli barangan dapur untuk keperluan isi rumahnya.

-SH

Tinggalkan komen anda