Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

SKSJ Sasar 2000 Penunggang Miliki Lesen

By 21 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Mohd Baharruddin Mohamad & Remmy Ramai (Sarawak)

MUKAH, 21 Feb (Malaysiaaktif) – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak menyasarkan seramai 2000 orang penduduk yang tinggal di sekitar Daerah Mukah, Dalat dan lain-lain untuk turut serta dalam Program Satu Komuniti Satu Jabatan Pengangkutan Jalan (SKSJ) Daerah Dalat Sarawak 2018 yang akan berlangsung selama dua bulan bermula Mac hingga Mei nanti.

Program SKSJ bertujuan memberi lesen kepada orang awam dalam mengurangkan kadar kemalangan.

Pengarah JPJ Sarawak, Mohd Syafiq Anas Abdullah menjelaskan sebanyak 70 peratus penduduk tempatan tidak mempunyai lesen memandu kelas B2 terutamanya golongan belia berumur 21 dan ke atas.

Syafiq ketika mempengerusikan mesyuarat SKSJ di Bilik Mesyuarat, Wisma Persekutuan di sini semalam.

Syafiq ketika mempengerusikan mesyuarat SKSJ di Bilik Mesyuarat, Wisma Persekutuan di sini semalam.

“Mereka yang ingin menyertai program ini nanti mestilah yang berumur 21 tahun ke atas dan tidak mempunyai lesen. Selain itu mereka haruslah miliki hak kewarganegaraan, tiada senarai hitam JPJ atau polis dan telah mengikuti ceramah, ujian dan majlis penutupan,” katanya ketika mempengerusikan mesyuarat SKSJ di Bilik Mesyuarat, Wisma Persekutuan di sini semalam.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan di Wisma Persekutuan Mukah di sini dan pendaftaran calon adalah pada 3 Mac nanti.

Menurutnya Syafiq, tapisan calon dan tempahan ujian bermula 5 hingga 9 Mac di JPJ Mukah, manakala ceramah KPP dan ujian Bahagian 1 akan diadakan pada 10 Mac di Stadium Perpaduan Dalat.

“Pengeluaran Lesen L akan diadakan pada  12 hingga 16 Mac,  manakala praktikal Bahagian 2 dan 3 pada 21 hingga 22 April, dan pengeluaran Lesen ‘P’ pada 23 April hingga 10 Mei.

“Majlis penutupan SKSJ ini akan berlangsung pada 12 Mei nanti di Stadium Perpaduan,” jelasnya lagi.

-SH

Tinggalkan komen anda