Jualan Sentuhan Rakyat Sudah Tiga Kali di Gelang Patah

IMG-20180312-WA0084

 
Laporan & Foto Oleh : Mohd Zahid Bin Othman

GELANG PATAH, 11 Mac (Malaysiaaktif) – Orang ramai semakin yakin melalui Program Jualan Sentuhan Rakyat (JSR). Ini kerana mereka boleh mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian dengan harga yang jauh lebih murah dari di pasaran.

Sehingga kini, sudah tiga kali Program Jualan Sentuhan Rakyat dianjurkan di dalam kawasan Parlimen Gelang Patah dalam masa sebulan dan setiap kali dianjurkan, ianya mendapat sambutan hebat masyarakat setempat.

Menurut Rinna Kasim, 37, antara sebabnya, barangan yang dijual di sini ternyata lebih murah sehingga terdapat barang yang dijual RM2 lebih murah dari barang yang sama di kedai biasa.

Tiada kedai di tempat lain yang menjual barang yang sama dengan harga serendah di JSR – Rinna Kasim.

Tiada kedai di tempat lain yang menjual barang yang sama dengan harga serendah di JSR – Rinna Kasim.

“Hari ini saya beli satu peket Milo yang kalau biasa, harganya RM8 tetapi hari ini saya dapat beli dengan harga RM6 sahaja. Ada kurang RM2,” ujarnya sambil memaklumkan tiada kedai di tempat lain yang menjual barang yang sama dengan harga serendah ini.

Jualan murah sebegini juga memberi kemudahan kepada masyarakat setempat apabila ia diadakan berhampiran dengan kawasan tempat tinggal penduduk.

Amutha Karruppiah, 47, hanya berjalan kaki ke tapak jualan kerana tinggal selang beberapa blok dari lokasi program. Dia berpendapat perkara ini memberi kemudahan kepada orang ramai khususnya golongan berpendapatan rendah sepertinya.

Amutha (kanan sekali) mengambil kupon percuma yang boleh digunakan untuk mendapat diskaun ketika membeli barangan jualan murah JSR.

Amutha (kanan sekali) mengambil kupon percuma yang boleh digunakan untuk mendapat diskaun ketika membeli barangan jualan murah JSR.

“Selain dapat berjimat ketika berbelanja, saya juga dapat jimat duit untuk perbelanjaan lain seperti minyak kereta jika menggunakan kenderaan sendiri untuk membeli barang di kedai,” jelasnya.

Bagi pengundi di Parlimen Gelang Patah, mereka juga dapat berjimat dengan menuntut kupon percuma yang diedarkan oleh pihak UMNO Bahagian Gelang Patah selaku penganjur program.

“Dengan adanya pemberian kupon percuma ini kami dapat menggunakan duit yang dijimatkan itu untuk membeli barangan lain pula,” tambah Amutha yang datang bersama ibunya dan dia juga layak menuntut kupon percuma tersebut.

Antara kelainan yang terdapat pada Program JSR di Parlimen Gelang Patah ini adalah jualan ayam segar yang dijual dengan harga RM16 tiga ekor.

Program JSR Parlimen Gelang Patah adalah satu-satunya program yang seumpamanya menjual tiga ekor ayam dengan harga RM16.

Program JSR Parlimen Gelang Patah adalah satu-satunya program yang seumpamanya menjual tiga ekor ayam dengan harga RM16.

Harga jualan ini tidak terdapat pada program sama di kawasan parlimen lain.

Ketua UMNO Bahagian Gelang Patah, Mohammad Khairi A. Malik memaklumkan, bukan sahaja ayam yang dijual dengan harga runtuh, malah sayur di sini juga hanya dijual dengan harga RM1 seikat.

Sayur-sayuran segar juga dijual semurah RM1 seikat di JSR Parlimen Gelang Patah. 5. Program Jualan Sentuhan Rakyat akan terus diadakan di dua lagi lokasi sepanjang bulan Mac

Sayur-sayuran segar juga dijual semurah RM1 seikat di JSR Parlimen Gelang Patah.
5. Program Jualan Sentuhan Rakyat akan terus diadakan di dua lagi lokasi sepanjang bulan Mac

“Saya percaya dengan kaedah ini penduduk setempat yang datang akan mendapat manfaat sepenuhnya melalui kaedah jualan sebegini dan ianya akan diteruskan pada program sama di tempat lain,” jelasnya lagi.

Program Jualan Sentuhan Rakyat akan terus diadakan di dua lagi lokasi sepanjang bulan Mac ini – Khairi (kanan).

Program Jualan Sentuhan Rakyat akan terus diadakan di dua lagi lokasi sepanjang bulan Mac ini – Khairi (kanan).

Khairi juga menambah, Program Jualan Sentuhan Rakyat akan terus diadakan di dua lagi lokasi sepanjang bulan Mac ini dan akan dilaksanakan di lokasi berbeza sekitar Parlimen Gelang Patah yang menjadi tumpuan orang ramai.

– MRR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...