Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeJohor

Perjuangan Perwira Akhirnya Berjaya

By 25 Mac 2018Tiada komen3 minit bacaan

 

Laporan & Foto Oleh : Mohd Zahid Bin Othman & Naufal Bin Mohd Kuni

 
JOHOR BAHRU, 24 Mac (Malaysiaaktif) – “Pada mulanya kami bersama kepimpinan terdahulu dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sendiri menerusi UMNO Bahagian Pasir Gudang, merasakan perlunya tentera ini diberi suatu hadiah di atas perjuangan suami-suami kami, yang hari ini, suami-suami kami telah tiada.

Siti Zahrah Mahpok sayu mengenangkan pengorbanan arwah suami dan peneroka-peneroka asal Kampung Desa Perwira.

Siti Zahrah Mahpok sayu mengenangkan pengorbanan arwah suami dan peneroka-peneroka asal Kampung Desa Perwira.

Pada hari ini, kami berjaya dalam tuntutan untuk memiliki tanah yang kami duduki ini. Itulah perjuangan pemimpin-pemimpin yang telah kembali ke Rahmatullah dan inilah harta kami sebenarnya,” ujar Siti Zahrah Mahpok, 66, sayu mengenangkan pengorbanan arwah suami dan peneroka-peneroka asal Kampung Desa Perwira.

Sebahagian 120 orang penduduk Kampung Desa Perwira yang menerima Notis 5A dari Kerajaan Negeri.

Sebahagian 120 orang penduduk Kampung Desa Perwira yang menerima Notis 5A dari Kerajaan Negeri.

Menurut salah seorang peneroka asal kampung ini, Haji Saim Tukimin, 69, Kampung Desa Perwira ini diterokai oleh Almarhum Haji Harun Haji Salleh, seorang bekas tentera pada tahun 1989 bersama beberapa anggota tentera di sebuah tapak seluas 32 ekar.

Kampung Desa Perwira seluas 32 ekar, diterokai oleh Almarhum Haji Harun Haji Salleh, seorang bekas tentera pada tahun 1989 bersama beberapa anggota tentera - Saim Tukimin, peneroka asal.

Kampung Desa Perwira seluas 32 ekar, diterokai oleh Almarhum Haji Harun Haji Salleh, seorang bekas tentera pada tahun 1989 bersama beberapa anggota tentera – Saim Tukimin, peneroka asal.

“Nama asal tempat ini ialah Desa Perwira dan penduduknya adalah 97 peratus bekas tentera yang pernah berkhidmat di Kem Majidee suatu masa dahulu,” Ujar beliau lagi.

Seramai 120 orang penduduk Kampung Desa Perwira pada hari ini menerima Notis 5A (tawaran memiliki tanah) daripada Kerajaan Negeri.

Pasangan suami isteri, Mok Dalek Arsad, 59 dan Rahimah Mastam, 57, yang telah menduduki kawasan ini semenjak tahun 1990, nyata tidak dapat menyembunyikan rasa pilu apabila mengenangkan pengorbanan yang terpaksa dilakukan oleh mereka selama ini.

Pasangan suami isteri, Mok Dalek Arsad dan Rahimah Mastam pilu apabila mengenangkan pengorbanan yang terpaksa dilakukan oleh mereka selama ini.

Pasangan suami isteri, Mok Dalek Arsad dan Rahimah Mastam pilu apabila mengenangkan pengorbanan yang terpaksa dilakukan oleh mereka selama ini.

“Kawasan rumah saya ini kawasan paya, orang tak nak duduk tetapi saya cuba juga betulkan kawasan itu sampai boleh bina rumah saya sekarang,” jelas beliau.

Rahimah menambah, “Setelah sekian lama menunggu akhirnya kami berjaya juga memiliki tanah ini dan makcik juga nak berpesan kepada anak-anak agar menjaga tanah pusaka ini sebaiknya walaupun selepas kami tiada,”

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjelaskan, isu pemberian tanah di kawasan ini kepada pihak swasta untuk pembinaan sebuah kem tentera pada tahun 90-an menjadi rumit apabila syarikat tersebut telah mencagar tanah ini untuk mendapatkan keuntungan.

Khaled Nordin ketika berucap pada Majlis Penyerahan Notis 5A Kepada Penduduk Kampung Desa Perwira.

Khaled Nordin ketika berucap pada Majlis Penyerahan Notis 5A Kepada Penduduk Kampung Desa Perwira.

“Tetapi kita tidak putus asa, kita cuba lagi dan dalam tahun 2013, setelah saya terpilih menjadi Menteri Besar, saya cuba mengutarakan cadangan proses pengambilalihan tanah di kawasan ini kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan beliau bersetuju,” ujar beliau ketika berucap pada Majlis Penyerahan Notis 5A Kepada Penduduk Kampung Desa Perwira, di sini, hari ini.

Beliau menambah, proses pengambilalihan tanah melibatkan kos yang selari dengan harga pasaran tanah tersebut dan setelah membuat kajian secara terpeinci, Kerajaan Negeri melalui Johor Corporation telah memperuntukkan kos sebanyak RM320 juta untuk pengambilan balik tanah ini.

Turut hadir Ahli parlimen Pasir Gudang, Datuk Hajah Normala Abdul Samad, Pegawai Daerah Johor Bahru, Haji Md. Rofiki A. Shamsudin, Pentadbir Tanah Daerah Johor Bahru, Azman Mohamad Shah dan Ketua Cawangan UMNO Desa Perwira, Mohamad Saip.

– MRR

Tinggalkan komen anda