Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Agenda Ringankan Kos Sara Hidup Diteruskan

By 25 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan : Aishah Latip        Foto : Chua Choon Sim

KUCHING, 25 Mac (Malaysiaaktif) – Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg memberi jaminan bahawa beliau akan meneruskan dasar meringankan beban kos sara hidup rakyat negeri ini seperti yang dilakukan oleh Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Abang Johari berkata kerajaan Sarawak di bawah pimpinan beliau akan mengekalkan kadar pengurangan cukai rumah, penghapusan tol dan pengurangan tarif elektrik serta menurunkan tambang feri kepada RM1 yang dilaksanakan semasa era Tok Nan.

Abang Johari dan tetamu kenamaan turut disajikan dengan persembahan tarian singa.

Abang Johari dan tetamu kenamaan turut disajikan dengan persembahan tarian singa.

“Saya akan meneruskan dasar ini selagi saya menjadi Ketua Menteri Sarawak,” katanya ketika berucap merasmikan Malam Harmoni bertemakan “United We Stand” anjuran Jabatan Penerangan Sarawak di Kota Sentosa Square di sini, semalam.

Beliau seterusnya berkata kerajaan negeri akan terus mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) serta pengunaan bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin.

“Kerajaan negeri akan terus mengiktiraf Sekolah Jenis Kebangsaan Cina selain mengumumkan peruntukan
RM7 juta bagi sekolah-sekolah berkenaan di seluruh negeri Sarawak.

“Jumlah itu adalah pertambahan RM1 juta daripada yang diperuntukkan pada tahun lepas,” tambahnya lagi.

Mengenai pembangunan di Sarawak, beliau mahu semua pemimpin negeri ini lebih kreatif dan bekerjasama membangunkan negeri ini ke tahap yang lebih tinggi.

Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Datuk Dr. Sim Kui Hian dan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Ibrahim Abdul Rahman.

-SH

Tinggalkan komen anda