Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeNegeri Sembilan

Insentif Bukan ‘Gula-gula’ kepada Penjawat Awam

By 6 April 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Noorshazana Shaaddandan & Malini Md Yunos

PORT DICKSON, 6 Apr (Malaysiaaktif) – “Pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam (Rabu) adalah seperti kebiasaan yang ada dalam Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) yang lepas.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata apa sahaja pengumuman yang dibuat oleh kerajaan, ada sahaja yang dikatakan ‘gula-gula’ kerajaan.

Mohamed Affandi (kanan) ketika sesi dialog berlangsung.

Mohamed Affandi (kanan) ketika sesi dialog berlangsung.

“Dalam MAPPA, memang akan ada pengumuman insentif atau penambaikan perkhidmatan awam. Pengumuman insentif merupakan perkara biasa kepada penjawat awam sebagai tanda keprihatinan kerajaan kepada perkhidmatan awam.

“Pengumuman semalam adalah yang terbaik. Di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, tahun ini penjawat awam mendapat satu lagi kenaikan gaji tahunan tambahan yang menjadikan mereka menerima dua kali kenaikan gaji tahunan,” katanya ketika sidang akhbar selepas menghadiri Sesi Dialog bersama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kem Segenting, di sini semalam.

Menurut Ali Hamsa lagi, pengumuman insentif ini bukanlah isu yang perlu dipolitikkan dan adalah sama sekali tidak benar sekiranya ia terus dianggap sebagai ‘gula-gula’ kerajaan.

“MAPPA XVI diterima baik oleh semua penjawat awam termasuklah anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Ini akan mendorong kepada peningkatan produktiviti penjawat awam itu sendiri,” katanya lagi.

Beliau turut mengulas isu cubaan mempengaruhi penjawat awam dengan fakta yang tidak betul dan tiada kaitan sama sekali melalui kewujudan media sosial pada masa kini.

“Saya telah dedahkan apa yang sebenarnya dalam sesi dialog tadi. Ini amatlah penting kerana kalau tidak, kita takut penjawat awam akan dipengaruhi dengan pelbagai berita palsu,” ujarnya lagi.

Hadir sama, Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi.

Rabu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan sembilan insentif yang bakal dinikmati oleh 1.6 juta penjawat awam dalam MAPPA XVI di Putrajaya.

-SH

Tinggalkan komen anda