Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeNegeri Sembilan

Terus Berfungsi Hingga 100 Tahun Akan Datang – Ibrahim

By 10 April 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan : Noorshazana Shaadan        Foto : Mohd Khairulnizam Mohd Yunus (Seremban)

SEREMBAN, 10 Apr (Malaysiaaktif) – “Kesayangan kita pada jabatan yang telah wujud ini perlu diteruskan walau apapun cabaran yang datang dan kekal berfungsi sehingga 100 tahun akan datang,” ujar Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Ibrahim Abdul Rahman.

“Keberadaan rakan strategik adalah diharapkan dapat membantu kita (Jabatan Penerangan) dalam konteks pemasaran maklumat.

Ibrahim (tengah) menyampaikan cenderamata kepada bakal pesara jabatan.

Ibrahim (tengah) menyampaikan cenderamata kepada bakal pesara jabatan.

“Cabaran yang kita hadapi masa kini amatlah berat. Dalam era kita menjadi antara tempat rujukan utama dalam pemasaran maklumat, kita memerlukan perubahan dari segi cara berkomunikasi yang lebih berkeupayaan,” kata Ibrahim ketika berucap dalam Majlis Jalinan Kasih Rakan Strategik 2018 di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Paroi, di sini semalam.

Menurut Ibrahim, semua pegawai penerangan dalam era digital perlu mempunyai kebolehan daripada segi ucapan, minda, sikap gerak kerja dan berkebolehan bekerja dalam era digital.

“Kini sesiapa yang hendak menjadi pegawai penerangan perlu melalui program penilaian berpusat yang perlu melepasi beberapa kriteria tertentu.

“Maknanya jika dia tidak melepasi kriteria khususnya tidak boleh bercakap, dia tidak akan sampai ke mari. Jadi, adalah malapetaka kepada Jabatan Penerangan kalau pegawai penerangan tidak booleh bercakap.

Bergambar kenangan bersama Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia.

Bergambar kenangan bersama Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia.

“Kita tapis dahulu supaya jangan ada pegawai penerangan yang bermasalah. Kita tidak mahu pegawai yang bersikap menyendiri, tidak boleh berbual dengan orang yang duduk di sebelah,” katanya lagi.

Kerajaan telah memberikan pengiktirafan kepada pegawai Jabatan Penerangan dalam gerak kerja komunikasi atas segala usaha yang dilakukan termasuklah dari segi pendigitalan.

Lebih 200 orang pesara Jabatan Penerangan serta pengerusi Komuniti 1Malaysia (K1M) dan alumni Pewaris Muda telah hadir dalam program tersebut.

Turut hadir bekas Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Melaka, Datuk Khamis Ahmad dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Seri Kamaruddin Siaraf.

– SH

Tinggalkan komen anda