Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Jambatan Tan Sri Dr. Sulaiman Daud Mula Beroperasi

By 20 April 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan : Genda Sating & Toslin Meyub      Foto : Jaed Tepus (Kuching)

KUCHING, 20 April (Malaysiaaktif) – Jambatan baharu merentasi Sungai Sarawak dari Matang ke Stapok kini dikenali sebagai Jambatan Tan Sri Dr. Sulaiman Daud.

Nama ini diberikan bagi mengenang jasa Dr. Sulaiman yang membawa banyak pembangunan di kawasan Petra Jaya dan Santubong serta usaha beliau dalam bidang pendidikan di negeri ini.

Perkara ini diumumkan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika merasmikan Jalan Empat Lorong dari Bulatan E-Mart Matang ke Stapok, Batu Kawa dan Jambatan Baharu merentasi Sungai Sarawak di Metrocity Matang, di sini semalam.

Abang Johari turut melawat pameran gambar yang menunjukkan Jambatan Tan Sri Dr. Sulaiman Daud.

Abang Johari turut melawat pameran gambar yang menunjukkan Jambatan Tan Sri Dr. Sulaiman Daud.

“Projek Jalan Empat Lorong dari Matang ke Stapok serta Pembinaan Jambatan Baharu merentasi Sungai Sarawak merupakan inisiatif kerajaan dalam menyediakan jalan alternatif bagi mengurangkan kesesakan di Jalan Satok dan Jalan Kulas serta di Jambatan Satok yang merentasi Sungai Sarawak.

“lni berikutan laluan yang menghubungkan Bandaraya Kuching dengan Petra Jaya ini tidak lagi dapat menampung aliran trafik dari kawasan Matang khasnya pada waktu puncak,” katanya.

Kerajaan Persekutuan turut meluluskan peruntukan sebanyak RM145 juta untuk projek ini yang telah memulakan pembinaan sekitar bulan April 2015.

Dengan siapnya jalan dan jambatan baharu ini, perjalanan dari Matang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan ke Kuching Sentral dianggarkan akan berkurang sebanyak 15 hingga 30 minit pada waktu puncak.

-SH

Tinggalkan komen anda