Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Santai Malam Minggu & Car Free Zone @ Alor Gajah

By 27 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Hafizul Adzhari (Alor Gajah)

ALOR GAJAH, 26 Jun (Malaysiaaktif) – Majlis Pembandaran Alor Gajah (MPAG) menganjurkan Program Santai Malam Minggu & Car Free Zone @ Alor Gajah bertempat di Dataran Keris Alor Gajah.

Program ini bertujuan bagi menggalakkan penduduk di sekitar dan juga pengunjung beriadah bersama selain dapat meluang masa bersama keluarga di hujung minggu.

Menurut pengunjung Saliza, 45, pelbagai aktiviti menarik antaranya pertandingan mewarna kanak-kanak, street soccer, permainan kereta elektrik dan banyak lagi.

“Selain itu, terdapat pameran dari pelbagai jabatan kerajaan semasa program, serta taklimat daripada PDRM mengenai Kempen Kesedaran Keselamatan Persekitaran.

“Program ini sememangnya bagus untuk semua lapisan masyarakat terutama pada anak-anak kita kerana aktiviti seperti ini bagus untuk mereka selain dari menghadap telefon,” ujarnya lagi.

Turut hadir Zahari Ab Kali, ADUN kawasan Durian Tunggal, memyampaikan hadiah kepada para pemenang yang menyertai pertandingan yang dianjurkan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda