Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

SJKT Batu Arang Terbakar Libatkan Dua Bilik Darjah

By 27 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/JBPM Selangor

RAWANG, 27 Jun (Malaysiaaktif) – Dua buah bilik darjah Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Batu Arang, di sini terbakar dalam kejadian jam 11.41 pagi hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor, berkata lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Arang serta BBP Sungai Buloh telah tiba di lokasi jam 11.43 pagi.

“Kebakaran melibatkan dua buah bilik darjah keluasan 450 kaki persegi setiap satu telah mengalami kebakaran 100 peratus dan lima peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kebakaran dapat dikawal dalam masa 14 minit dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Tiada murid ketika kejadian kerana bilik darjah berkenaan merupakan stor penyimpanan dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda