Skip to main content
Home

Tuanku Nazrin titah elak bazir, guna kemudahan sedia ada

By 25 April 2015Tiada komen1 minit bacaan

IPOH 25 April – Tiada pertunjukan bunga api, elak pembaziran dan guna kemudahan sedia ada.

Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jeneral (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin berkata, itu adalah titah Sultan Nazrin Shah kepada jawatankuasa induk yang diwujudkan bersempena Istiadat Pertabalan Sultan Perak XXXV.

“Saya ingin maklumkan satu daripada titah Tuanku Nazrin ialah mengelakkan pembaziran dan menggunakan kemudahan-kemudahan yang terdapat ketika ini, (jadi) kita tidak mendirikan pintu gerbang yang baharu. Kita gunakan pintu gerbang sedia ada tetapi kita ubah suai, lepas itu kita pasang lampu-lampu untuk menampakkan keceriaan pada sepanjang perayaan ini.

“Ini secara tidak langsung mengurangkan perbelanjaan. Saya ingat penjimatan adalah dalam 60 peratus (berbanding istiadat pertabalan sebelum ini),” kata Mohd. Zahidi yang juga pengerusi jawatankuasa induk itu baru-baru ini.

Mohd. Zahidi berkata, Sultan Nazrin memutuskan demikian kerana baginda amat prihatin dengan situasi semasa.

– BERNAMA

 

Tinggalkan komen anda