Skip to main content
Global

Gempa Bumi 7.9 Skala Richter Melanda Nepal, Ratusan Maut

By 25 April 2015Tiada komen1 minit bacaan

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 67.9 pada skala Richter berlaku di Nepal pada pukul 2.45 petang ini (waktu Malaysia).

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan berkata, gempa bumi itu berpusat 482 kiometer (km) Tenggara dari Shyampur, Bangladesh dan 2,903km Barat Laut dari Padang Besar, Perlis.

Tiada ancaman tsunami dan jabatan itu sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan perkembangan terkini, kata kenyataan itu lagi.

Sementara itu di  NEW DELHI, gegaran kuat turut dirasai di kawasan utara India susulan kejadian gempa bumi itu.

Penduduk di beberapa bandar raya di India iaitu Mumbai dan Kolkata di utara dan malah di Cochin di selatan melaporkan gegaran dirasai antara 30 saat dan 45 minit.

Di ibu negara New Delhi, orang ramai bergegas keluar ke jalan raya tetapi setakat ini tiada kerosakan teruk atau kematian dilaporkan. Bagaimanapun, banyak yang masih takut untuk masuk semula ke bangunan atau rumah.

Beberapa minit selepas kejadian gempa bumi itu, Jabatan Meteorologi India mengeluarkan amaran bahawa ia gempa bumi kuat dan penduduk di utara negara ini diminta bersedia untuk menghadapi gempa bumi susulan.

Jabatan itu melaporkan berlaku gempa bumi susulan berukuran 6.6 pada skala Richter dengan ibu negara India ini merekodkan gegaran berukuran 5 pada skala Richter.

— Bernama

Tinggalkan komen anda