Skip to main content
Home

Simulasi Latihan Amal Bencana Serantau Asean Bermula

By 26 Mei 2015Mei 27th, 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Oleh Noor Diyana Mohamad Zamri

PERLIS, 26 Mei (Malaysiaaktif) — Simulasi bencana tanah runtuh, kemalangan jalan raya, tumpahan minyak di kilang gula dan pemindahan mangsa banjir di empat lokasi di Perlis bagi program ASEAN Regional Forum Disaster Relief Exercises 2015 (ARF DiREx 2015) dimulakan pagi tadi.

Program ARF DiREx 2015 di pusat simulasi bencana ini membabitkan penyertaan lebih 27 buah negara, termasuk China, Brunei, Thailand, India, Singapura dan Vietnam.

 

20150525205600 (6)

Foto: Malaysiaaktif

Turut mengambil bahagian, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Mercy Malaysia, Jabatan Penerangan Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, antara yang  melawat tapak bencana kemalangan jalan raya di Jalan Raya 79 Chuping-Padang Besar.

Seramai 540 anggota Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Malaysia, China, Brunei, dan Thailand bekerjasama dalam simulasi tersebut.

Simulasi bermula pada pukul 9 pagi dengan sesi taklimat kepada semua anggota dan berakhir pada pukul 6.30 petang.

 

20150525205600

Foto: Malaysiaaktif

 

20150525205602

Foto: Malaysiaaktif

Tinggalkan komen anda