
KUALA KANGSAR , 5 Mei (Malaysiaaktif) – Jabatan Penerangan menyediakan Pusat Media bagi memudahkan tugas pengamal media membuat liputan istiadat pertabalan Sultan Perak Ke -35 pada Rabu.
Pusat Media di Dewan Serbaguna Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) di Bukit Chandan ini menyediakan kelengkapan, termasuk talian Internet, skrin besar untuk menyiarkan visual dari lokasi dan lain-lain keperluan.
Beroperasi sejak 1 Mei lalu, Pusat Media ini dibuka dari pukul 8 pagi hingga 8 malam.
Selain menyediakan segala keperluan asas untuk wartawan dan krew stesen TV, Pusat Media Jabatan Penerangan ini juga membantu menyelaraskan penyebaran maklumat rasmi bersempena pertabalan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Sultan Perak.
Di samping itu makanan dan minuman kudapan turut disediakan kepada para pengamal media yang bertugas di pusat media tersebut.
Media yang akan membuat liputan istiadat gilang gemilang di Bukit Chandan dan sekitar Kuala Kangsar dan kawasan berkenaan terdiri daripada media cetak, stesen TV, stesen radio, media antarabangsa, jabatan kerajaan, agensi kerajaan dan media berdaftar seramai 470 orang