
ROMPIN 5 Mei (Malaysiaaktif) – Barisan Nasional (BN) mendahului PAS pada Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin.
Ini berdasarkan keputusan-keputusan tidak rasmi pada pukul 8.30 malam pada Selasa.
Menurut pengiraan tidak rasmi di pusat pengiraan PAS, calon BN Datuk Hasan Arifin memperoleh sejumlah 13,103 undi berbanding 8,770 oleh calon PAS, Nazri Ahmad.
Pada waktu laporan, lebih setengah undi telah dikira.
Peratusan keluar mengundi sebanyak 73 peratus berbanding 85.9 peratus pada Pilihan raya Umum Ke-13.
Kawasan Parlimen Rompin mempunyai sejumlah 53, 294 orang pengundi berdaftar.