Skip to main content
HomeViral

Menjelang Perlawanan Di Antara Lions XII dan Kelantan Esok

By 22 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Malaysiaaktif) – Seramai 2 ribu anggota keselamatan akan ditugaskan menjaga keselamatan di Stadium Nasional Bukit Jalil esok sempena perlawanan akhir Piala FA 2015.

Penyokong Lions XII yang menggunakan kenderaan sendiri boleh meletakkan kenderaan mereka di kawasan D dan B, manakala masuk menggunakan laluan berwarna biru.

20150522021056

Pintu masuk stadium akan dibuka pada pukul 4 petang dan penonton diminta mematuhi segala peraturan yang ditetapkan, termasuk larangan membawa masuk bahan larangan.

Sementara itu, jurulatih Lions XII, Fandi Ahmad mahu bahagian pertahanan lebih fokus bagi menangkis serangan Kelantan, manakala Kapten Lions XII, Izwan Mahbud berkata beliau sudah bersedia dan mahu lakukan yang terbaik untuk pasukan.

Jurulatih Kelantan, Mohd Azraai Khor Abdullah pula bertekad untuk mengekalkan piala di Malaysia.

Beliau mahukan rakyat Malaysia memberi sokongan penuh.

Kapten Kelantan, Badhri Radzi (Piya) juga menyatakan azam tidak menghampakan penyokong.

 

 

 

Tinggalkan komen anda