
PETALING JAYA, 23 Mei (Malaysiaaktif) – Untuk membendung kebanjiran pendatang tanpa izin (PATI) Jabatan Imigresen memperhebatkan operasi di beberapa pusat membeli belah di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya yang kebanyakannya menggajikan pekerja asing.
Tumpuan ‘Ops Kutip’ hari ini di pusat membeli belah di Bandar Utama, Petaling Jaya menyaksikan 26 PATI ditahan.
PATI dari kalangan warga Myanmar, Bangladesh Pakistan dan Nepal itu dibawa ke pusat tahanan Imigresen di Shah Alam.
Notis turut di keluarkan kepada majikan sebelum siasatan dijalankan.