
KUALA LUMPUR, 23 Mei (Malaysiaaktif) — Seramai 836 orang ditahan kerana gagal memyelesaikan waran tangkap dan saman mereka menerusi ops warta yg dijalankan sejak Selasa lalu.
Kenyataan Bukit Aman pagi tadi menyebut 283 individu akan dituduh di mahkamah sementara 533 orang lagi dikenakan jamin.
Selangor mencatat bilangan kes paling tinggi dengan 225 ditahan 84 dituduh di mahkamah dan 141 dikenakan jamin.
Di Melaka 110 ditahan, 100 dituduh di mahkamah dan 10 diikat jamin, sementara di Kedah, 105 ditahan, 13 dituduh dan 92 dijamin .
Seramai 3, 827 orang menyerah diri sepanjang operasi dijalankan.