Skip to main content
HomeViral

Ops Warta: KPN Akui Sekatan Jalan Raya Bukan Langkah Baik

By 22 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 22 Mei ( Malaysiaaktif) — Sehingga semalam, 640 pesalah trafik ditahan, manakala 1,600 orang lagi menyerah diri sejak pelancaran Ops Warta pada 19 Mei lepas.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Polis Diraja Malaysia juga berjaya mengurangkan jumlah waran yang belum diselesaikan daripada kira-kira 1.8 juta kepada 1.5 juta setakat semalam.

Ops Warta dilaksana bagi mengesan pesalah trafik yang mempunyai status waran tangkap yang belum diselesaikan seperti diumum oleh Khalid dalam Ops Selamat 5 yang dilancar semasa perayaan Aidilfitri tahun lepas.

Sementara itu, Tan Sri Khalid turut mengakui tindakan menahan pesalah trafik ketika sekatan jalan raya bukan langkah yang baik namun pihaknya tidak mempunyai pilihan lain.

Katanya, mereka yang didapati cuba bersubahat dan melindungi pesalah trafik juga boleh diambil tindakan kerana menghalang penjawat awam melaksana tugas.

Sebelum operasi rumah ke rumah dijalankan, beliau berkata pihaknya akan mengkaji keberkesanan pelaksanaan Ops Warta selepas dua minggu.

Tinggalkan komen anda