Skip to main content
GlobalHomeViral

PAS Bantah Keras Hukuman Mati Ke atas Morsi  

By 19 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

 

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Malaysiaaktif) — PAS membantah sekeras-kerasnya hukuman mati terhadap Mohammad Morsi, Mohd Badie, Syeikh Yusof Al Qardhawi dan ratusan lagi tahanan politik khususnya pemimpin Ikhwanul Muslimin.

Menurut Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar, tindakan itu jelas menunjukkan pada zaman serba moden ini, rejim As Sisi kejam bagaikan Firaun di zaman purba, menghukum bunuh kepada sesiapa yang menjadi musuhnya.

Dalam kenyataan yang disampaikan juga kepada Malaysiaaktif pada Selasa, beliau berkata, Malaysia sebagai ahli dalam pertubuhan OIC dan juga Ahli Tidak Tetap Majlis Keselamatan PBB, wajar menyuarakan bantahan keras terhadap hukuman ini.

Beliau bertanya, “Adakah kita hanya ingin berdiam diri seolah merestui sahaja pembunuhan berinstitusi ini..?”

Menurut Mahfuz, Mesir boleh dikenakan tekanan dan hukuman diplomatik oleh gabungan OIC dan PBB jikalau ada pemimpin yang berani bersuara.

Kerajaan Mesir pimpinan As Sisi, tambah beliau begitu berani melakukan apa sahaja kezaliman kerana tidak ada tekanan yang kuat daripada pihak luar.

Berdasarkan perkembangan ini, Mahfuz berkata PAS mendesak Kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersuara di peringkat antarabangsa menyatakan bantahan dan teguran.

 

Tinggalkan komen anda