Skip to main content
HomeViral

Wartawan Akhbar Tamil Terbunuh Dilanggar Tren

By 19 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Pradeep Kumar

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Malaysiaaktif) – Seorang lelaki maut setelah dipercayai dilanggar keretapi di Platform 2 Stesen Batu Kantonmen pada Selasa.

Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 9.20 pagi semasa tren terbabit dalam perjalanan dari Batu Caves menuju Pelabuhan Klang.

Menurut pemandu tren tersebut, Mohamad Faizal Malek, semasa tren menghampiri stesen lebih kurang 15 meter, mangsa telah terjun ke landasan secara tiba-tiba.

Dilaporkan juga mayat mangsa yang berbaju putih dan berseluar hitam didapati terbelah dua di atas landasan.

Berpandukan kad media yang terdapat pada mayat, dipercayai mangsa dikenalpasti sebagai Anamalay A/L Kandasamy, 67 tahun bertugas dengan Akhbar Tamil Malar.

Malaysiaaktif menghubungi Ibu Pejabat akhbar berkenaan dan mereka mengesahkan bahawa mangsa adalah seorang wartawan mereka.

Polis sedang menyiasat punca sebenar insiden.

 

 

 

 

Tinggalkan komen anda