Skip to main content
HomeViral

Guru Pakai Seragam Sekolah Sambut Hari Guru

By 19 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

LANGKAWI, 19 Mei (Malaysiaaktif) — Hari Guru disambut dengan pelbagai cara dan sebagai guru mereka juga pernah menjadi murid satu ketika dahulu.

Untuk menyingkap kembali nostalgia, para guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kedawang Langkawi datang ke sekolah dengan memakai pakaian seragam sekolah seperti murid mereka.

Menurut Penolong Kanan sekolah berkenaan, Faridah Ibrahim acara ini bertujuan mengeratkan lagi silaturrahim antara murid dan guru.

Seramai 70 orang guru sekolah ini juga disuap dgn pulut kuning oleh pelajar mereka.

Tinggalkan komen anda