Skip to main content
HomeViral

PDRM Bincang Dengan Thailand Untuk Masuk Ke Kawasan Kubur

By 27 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Malaysiaaktif) — Polis Diraja Malaysia akan berbincang dengan pihak berkuasa Thailand bagi mendapatkan kebenaran memasuki lokasi kubur serta kem pendatang tanpa izin di Wang Kelian, Perlis melalui laluan darat di Satun, Thailand.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata beberapa pegawai polis telah dijadualkan bertemu dengan rakan sejawat mereka di Sadao, Thailand hari ini bagi membincangkan perkara itu.

Tan Sri Khalid berkata laluan masuk ke lokasi terbabit di sebelah Malaysia berbukit dan sukar untuk melaluinya kerana keadaan muka bumi tidak mengizinkan.

Sebaliknya laluan dari sebelah Thailand, iaitu dekat Satun dikatakan lebih mudah kerana keadaan muka buminya yang landai dan selamat.

Malah, katanya ada anggota forensik yang cedera selepas terjatuh di kawasan curam semalam.

Tan Sri Khalid sebelum itu menghadiri program lawatan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya, PPUM sempena Sambutan Hari Polis ke-208, pagi tadi

Tinggalkan komen anda