Skip to main content
EkonomiHomeViral

1MDB: Arul Dan Shahrol Diberi Amaran Hina Prosiding

By 27 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 27 Mei — Muncul di hadapan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) yang menyiasat isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) atau dikenakan tindakan menghina prosiding.

Itu adalah amaran oleh Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed kepada Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy serta bekas Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

“Jika mereka terus meminta lebih masa atau memberi alasan kerana tidak dapat menghadiri perbicaraan, jawatankuasa akan memutuskan satu usul supaya mereka dikenakan tindakan menghina Parlimen,” katanya kepada The Star.

Nur Jazlan berkata jawatankuasa itu memutuskan untuk memberikan masa kepada dua individu berkenaan untuk bersiap sedia dan menangguhkan pendengaran, yang pada mulanya ditetapkan pada Isnin.

Beliau berkata kedua-dua mereka telah meminta masa selama 30 hari tetapi jawatankuasa itu sedang mengkaji untuk memberi mereka tempoh yang kurang daripada itu.

Dia bagaimanapun tidak menyatakan bila mereka perlu hadir di hadapan jawatankuasa dan hanya membayangkan ia mungkin berlaku pada pertengahan bulan Jun.

PAC juga akan memanggil juruaudit 1MDB Deloitte, KPMG dan Ernst & Young untuk hadir di hadapannya.

Kegagalan untuk mematuhi prosiding boleh dikenakan tindakan menghina Parlimen dan denda RM1,000.

Tinggalkan komen anda