PERMATANG PAUH, 1 Mei — Demonstrasi Pemuda PAS Kawasan Bagan menyatakan sokongan kepada presiden PAS Datuk Haji Abdul Hadi Awang.
Berbeza daripada tindakan ‘U-Turn’ Pemuda PAS Pulau Pinang untuk menyokong calon pembangkang pada Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh, Pemuda PAS Bagan kekal memboikot PKR dan DAP.
Demonstrasi diadakan selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Batu Permatang Pauh.