Skip to main content
HomeViral

Polis Perak Buru Geng Pecah Rumah Amerika Latin

By 29 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

IPOH, 29 Mei  (Malaysiaaktif) — Polis Perak kini memburu beberapa lagi individu warga Amerika Latin yang dipercayai aktif dalam kegiatan pecah rumah di sekitar Ipoh.

Kumpulan yang aktif sejak beberapa bulan lalu, mengunakan taktik membaling batu, sebelum memecah masuk rumah.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendent Anuar Othman dua lelaki Amerika Latin ditahan Isnin lalu.

Suspek yang berusia 39 dan 42 tahun ditahan ketika melakukan kegiatan pecah rumah.

Polis turut merampas pelbagai jenis peralatan, telefon bimbit serta wang tunai.

Kedua-dua suspek dipercayai masuk ke negara ini secara haram.

Mereka ditahan reman sehingga 9 Jun ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan

Tinggalkan komen anda