Skip to main content
HomeViral

Pro-Canselor Tegur Siswa UiTM Berselfie Semasa Konvokesyen

By 16 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Malaysiaaktif) – Ada yang melihatnya sebagai kelakar, tetapi apa yang berlaku di pentas semasa Konvokesyen Ke-82 Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada Jumaat bukan sesuatu yang perlu diambil ringan.

Bagi Pro-Canselor UiTM Tan Sri Dr Arshad Ayub ‘decorum’ dan ketertiban amat perlu bagi warga UiTM.

Justeru, apabila seorang siswa tampil untuk menerima skrol ijazahnya dari Dr Arshad dan sekali gus mengeluarkan telefon pintarnya untuk mengambil ‘selfie’ peristiwa itu, ada hadirin yang memaklumkan dia disuruh Dr Arshad supaya berundur beberapa tapak dan ulang semula secara tertib sebagai menghormati majlis yang paling bermakna itu.

Namun, demikian ramai juga menganggap apa yang berlaku disebabkan keterujaan menyambut peristiwa kejayaan bersejarah yang tidak dapat dibendung dalam diri.

— IKHSAN PAUiTM

Tinggalkan komen anda