
Lima puluh empat peratus rakyat Malaysia juga bimbang andai terpaksa bergantung kepada keluarga dan rakan untuk bantuan kewangan, demikian menurut laporan HSBC bertajuk ‘The Future of Retirement Choices for later life’.
Meskipun tidak lagi menerima gaji, laporan itu menyebut bahawa 86 peratus pesara di Malaysia akan terus menanggung sekurang-kurangnya seorang anggota keluarga mereka (termasuk pasangan) dan rakan, selain anak yang sudah dewasa (melebihi 16 tahun) serta cucu, manakala ada yang menanggung ibu bapa.
Dalam kategori ini, Malaysia mencatat peratusan tertinggi di Asia, diikuti Indonesia (83 peratus), dan India (80 peratus), manakala Singapura pada 59
Menurut laporan itu, 87 peratus pesara di Malaysia tidak dapat merealisasikan hasrat dan impian mereka selepas bersara, lebih tinggi berbandingdaripada purata Asia pada 80 peratus dan purata global pada 73 peratus.
Hanya 24 peratus tidak bersara penuh, manakala 64 peratus akan terus bekerja separuh masa sebelum bersara sepenuhnya.
67 peratus golongan pekerja Malaysia pulamempunyai pandangan yang seimbang, iaitu belanja sesebahagian dan menabung untuk diwariskan kepada anak-anak.
Namun 19 peratus mahu membelanjakan kesemua wang dan menyerahkan kepada anak-anak untuk mencari kekayaan sendiri, manakala 15 peratus pula berpendapat mahu menyimpan sebanyak yang boleh untuk diwariskan kepada generasi akan datang.
Laporan itu adalah hasil kajian dalam talian membabitkan lebih 16,000 orang di 15 negara, oleh Ipsos Mori pada Ogos dan September 2014.