Skip to main content
HomeViral

Seorang Lagi Mangsa Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia

By 25 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA TERENGGANU, 25 Mei (Malaysiaaktif)  — Setelah lebih 12 jam berada di Unit Rawatan Rapi, seorang lagi mangsa kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur Dua, di Hulu Terengganu semalam, meninggal dunia, petang tadi.

Hafshah Wangai, 56 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Hussin Deraman, mangsa meninggal dunia kira-kira pukul 3 petang di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Hafshah Wangai adalah kakak ipar kepada pemandu kereta Kia Spectra, Ahmad Razi Harun.

Seorang lagi mangsa yang cedera, iaitu isteri pemandu kereta Sharifah Wangai, 49 tahun, dilaporkan stabil.

Dalam kejadian semalam, empat orang rentung termasuk bayi berusia 6 bulan dan seorang kanak-kanak berusia enam tahun, apabila kereta yang dinaiki enam sekeluarga dirempuh lori di lorong kecemasan.

Kejadian berlaku di Kilometer 386.6, Lebuhraya Pantai Timur Dua, Hulu Terengganu.

Kemalangan turut menyebabkan kedua-dua kenderaan terbakar.

Tinggalkan komen anda