Skip to main content
HomeViral

Pemuda Dipercayai Terbabit Dalam Kes Culik Aiman Ditahan

By 25 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KOTA  BHARU, 25 Mei (Malaysiaaktif) — Seorang pemuda berumur 22 tahun ditahan dipercayai terbabit dalam kes culik budak 7 tahun di Kota Bharu, Kelantan.

Suspek yang dipercayai berasal dari Terengganu itu ditangkap oleh orang ramai di sebuah masjid ketika sedang meminta sedekah dan didapati tidak mempunyai kad pengenalan.

Jumaat lalu, mangsa Aiman Kamarolzaman diculik ketika menemani ayahnya di Masjid Muhammadi.

Dia ditemui semula petang kelmarin di sebuah pusat beli-belah ketika sedang meminta sedekah.

Mangsa mendakwa mulutnya dicekup dan diheret ketika sedang sujud Solat Isyak dan kemudian dikurung bersama beberapa kanak-kanak lain dalam bilik di sebuah rumah.

Tinggalkan komen anda