Skip to main content
Home

UMNO Cawangan Guar Jering Jaya sudah dibubar – Ahmad Zaidi

By 1 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

BUKIT MERTAJAM: Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Ahmad Zaidi Mohd Said, berkata UMNO Cawangan Guar Jering Jaya sudah diluluskan pembubarannya pada 17 Mac lalu.

Katanya, berikutan itu tidak timbul isu apabila bekas Ketua Cawangannya, Asri Ahmad, mengumumkan membubarkan cawangan itu mulai hari ini.

“Asri sendiri menghantar surat ke Ibu Pejabat UMNO memohon membubarkan cawangan itu November lalu dan ia diluluskan pada Mac.

“Pembubaran cawangan itu dibuat kerana tidak mempunyai ahli cukup dan tidak aktif,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Ramah Mesra di Wisma Transformasi Permatang Pauh sebentar tadi.

Pada sidang media harian PKR di Wisma Aman, Penanti, pagi tadi, Asri mengumumkan pembubaran UMNO Cawangan Guar Jering Jaya yang diketuainya.

– Berita Harian

Tinggalkan komen anda