Skip to main content
Home

Datuk Zaini Hassan Dilantik Semula Presiden PAUiTM 2015/18

By 13 Jun 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

SHAH ALAM, 13 Jun – Persatuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM) yang memayungi lebih 600,000 alumni universiti itu hari ini menyambung perkhidmatan Presidennya, Datuk Zaini Hassan untuk penggal 2015-2018.

Keputusan  sebulat suara itu dibuat dalam Mesyuarat Agung Tahunan Ke-5 bagi sesi 2013-2015 yang dirasmikan oleh Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh di Dewan Ar-Raha, Seksyen 7 di sini.

 

20150613021444

 

Timbalan Presiden yang baharu pula ialah Datin Seri Azlina Ahmad. Jawatan itu dahulunya disandang oleh Datuk Ahmad Shafee Sabaruddin.

Jawatan Setiausaha pula dipegang oleh Nasir Harun menggantikan Shukri Ishak yang kini memegang jawatan naib presiden, manakala Mek Yam Jusoh menyandang jawatan penolong setiausaha.

 

20150613001319 (1)

 

Bendahari kekal disandang oleh Marlia Abd. Majid dan penolongnya Zaifilla Farinna Zainuddin.

Lima jawatan naib presiden yang lain terdiri daripada Dr Ainul Azreen Adam, Abd Kaiyum Nagoor, Noor Akmal Kamarozzaman, Osman Ismail, Shukri Ishak dan Prof. Dr. Za’faran Hassan.

Seramai 10 orang ahli jawatankuasa turut dipilih. Mereka adalah Afiza Abdul Aziz, Mohd. Hafizi Abdul Halim, Azhar Ahmad, Mohd. Hawari, Shamsul Ariffin, Ir Aminuddin Daud, Zainal Tupaat, Mohd. Tarmizi, Faizal Fuad dan Dahlim Ismail.

 

20150613001343

 

PAUiTM yang ditubuhkan semula pada 2008 oleh Datuk Seri Ir Zin Mohamed telah mengorak langkah melakukan transformasi termasuk menaja penubuhan yayasan Tabung Pendidikan 1 Bilion (TP1B) sempena Malam Sumbangsih Perdana (MSP)yang dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 11 April lalu. Pada malam itu sebanyak lebih RM11 juta berjaya dikumpulkan.

Zaini dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa terdahulu yang berjaya menjalankan fungsinya dengan begitu  cemerlang.

“Kita sedang merangka pelbagai program bersama yayasan TP1B dan Yayasan Budiman UiTM demi menyatukan dan menyejahterakan anak bangsa kita. Oleh itu fungsi PAUiTM perlu terus diperkasakan,” katanya semasa ucapan penangguhan.

Sementara itu, Idris dalam ucapannya yakin PAUiTM akan terus cemerlang demi membantu pendidikan anak bangsa melalui UiTM.

“Saya akan  meminta PAUiTM terlibat secara langsung dalam kemajuan organisasi UiTM,” katanya.

Hampir 200 alumni yang mewakili persatuan alumni fakulti, negeri termasuk dari Sarawak hadir ke persidangan tahunan itu.

Tinggalkan komen anda