
Oleh Zanizal Zamani
KEPALA BATAS, PULAU PINANG, 13 Jun (Malaysiaaktif) – Pasukan Bomba Sukarela Masjid Al-Jamiul Badawi Kepala Batas hari ini menerima penyerahan sebuah jentera bomba.
Sumbangan jentera jenis Nissan yang sudah tidak digunakan lagi oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat Negeri itu bertujuan memantapkan lagi keupayaan pasukan bomba sukarela berkenaan.

Tun Datuk Seri Utama Haji Abdul Rahman Abbas pada majlis penyerahan enjin kepada Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Enjin yang mempunyai kapasiti air 3,600 liter itu diserahkan pada satu majlis pagi tadi oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Datuk Seri Utama Haji Abdul Rahman Abbas dengan disaksikan oleh Pengarah Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Haji Azmi Tamat dan Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Persatuan Bomba dan Penyelamat Sukarela Masjid Al-Jamiul Badawi, Kepala Batas ditubuhkan pada 12 Mac 2008 dengan anggota seramai 20 orang yang juga merupakan pasukan tunggal Melayu Bumiputera di Pulau Pinang.