
KUALA LUMPUR, 12 Jun — Kerajaan kini serius memikirkan langkah untuk menaikkan kadar tol sebanyak 30 peratus.
Menurut sumber, perkara berkenaan dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet yang berlangsung pada Jumaat.
Langkah itu dijangka akan membabitkan sekurang-kurangnya 16 lebuh raya.
Namun jumlah itu boleh meningkat kepada 19.
Jika berlaku kenaikan, sebagai contoh di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP), bayaran akan meningkat daripada RM1.50 kepada RM2.10.
Bagaimanapun masih belum jelas sama ada kenaikan kadar tol itu akan dilaksanakan secara serentak atau berperingkat.