Skip to main content
HomeViral

Dua Tangan Misteri Pada Foto Sekumpulan Di Gunung Kinabalu

By 12 Jun 2015Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

PETALING JAYA, 12 Jun –  Sepasang tangan tanpa badan dilihat dalam dua foto yang diambil di Gunung Kinabalu sejurus selepas  gempa bumi 5.9 skala Richter melanda Sabah.

Naib Presiden Persatuan Komuniti Bugis Sabah (PKBS), Samasudin Yusop, seorang daripada sekumpulan penderma dalam foto yang memaparkan dua anggota tubuh misteri itu berkata, kedua-dua foto yang dirakamkan di kaki Gunung Kinabalu itu tidak diubah.

 

handy1206

“Ramai yang bertanya kami mengenai foto-foto tersebut, tetapi kami sendiri mendapati sulit untuk memastikan sama ada ia perlakuan makhluk halus atau disebabkan masalah kamera,” jelas bekas ketua komunikasi korporat Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu apabila dihubungi The Star.

Imej yang kini menjadi viral diambil menggunakan dua gajet berasingan – sebuah telefon mudah alih dan kamera jenis Nikon.

Kedua-dua foto merakamkan imej tangan misteri itu.

Foto yang diambil menggunakan kamera telefon menunjukkan dua tangan, sementara foto yang dirakam menggunakan kamera Nikon memaparkan hanya satu tangan. Dalam kedua-dua foto, kedudukan tangan-tangan itu berbeza sedikit.

Kumpulan PKBS itu, pada Selasa membuat lawatan ke gunung tersebut bagi menyampaikan sumbangan kepada Dana Bantuan Gempa Bumi Gunung Kinabalu, Malim Gunung dan anggota polis di Balai Polis Ranau.

Mereka kemudian bergambar bersama Malim Gunung Mohd Rizuan Kauhinin yang disanjung sebagai wira berikutan tersebarnya gambar beliau membawa seorang kanak-kanak cedera dari gunung tersebar dan menjadi viral.

Menurut Samasuddin tangan yang dilihat pada foto kamera telefon lebih menyeramkan berbanding yang diambil menggunakan kamera Nikon, kerana nampak dua tangan terletak dekat dengan belakangnya.

“Sehari selepas foto-foto itu diambil, seorang anggota kumpulan itu ternampak imej-imej berkenaan…kami semua terkejut,” katanya.

Bagaimana pun, Samasuddin tidak bimbang kerana mereka ke sana dengan niat yang baik.

Beliau merasakan ada pengajaran daripada insiden tersebut.

“Mungkin imej itu petanda supaya memperingati mangsa-mangsa yang terkorban dalam gempa bumi tersebut.”

Beliau berkata,” Kita patut membaca surah Al-Fatihah bagi mangsa-mangsa beragama Islam.”

Gambar ganjil berkenaan mula sekali dikongsi dalam grup Whatsapp kumpulan itu sebelum di platform media sosial lain.

Seorang lagi anggota kumpulan, Misbahuddin Rida berkata tangan yang dikesan itu seperti tangan orang mati kerana berwarna gelap dan kuku pun macam sudah mati.

Pada 5 Jun lalu, satu gempa bumi berukuran 5.9 melanda Gunung Kinabalu, mengorbankan 18 orang.

 

Tinggalkan komen anda