
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Malaysiaaktif) — Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta pihak luar jangan menganggu siasatan yang dilakukan ke atas kes berhubung syarikat pelaburan strategik (1MDB).
Beliau berkata, siasatan kes jenayah komersil memakan masa yang agak lama.
Ini kerana, menurut beliau, kes-kes seperti ini bukan sahaja disiasat oleh Bahagian Jenayah Komersil, tetapi juga oleh sebuah Pasukan Petugas Khas yang turut disertai Pejabat Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).