Skip to main content
HomeViral

48 DiSelamatkan Dalam Operasi Gelandangan Georgetown  

By 4 Jun 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh: Mohd. Shahrizan Shahbudin

GEORGETOWN, 4 Jun (Malaysiaaktif) – Operasi bersepadu ke atas gelandangan dan kutu rayau di beberapa lokasi di bandaraya malam tadi menyelamatkan seramai 48 orang.

Operasi yang bermula pada pukul 11.30 malam itu menyasarkan kawasan utama, termasuk Jalan Masjid Kapitan Keling, Lebuh Chulia, Padang Kota, Jeti, Penang Road, Prangin Mall dan Stesen Bas Komtar.

20150603212616 (4)

Seorang jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang (JKMPP) berkata mereka tidak menghadapi masalah sepanjang operasi, selain seorang dua orang pengemis tegar yang bertindak agresif, namun berjaya dikawal dan ditenteramkan.

Pengarah JKMPP, Said Haji Sidup berkata, mereka yang diselamatkan akan ditempatkan sementara di premis bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, manakala yang berpenyakit diserahkan kepada pihak Jabatan Kesihatan atau hospital.

20150603212616 (1)

Menurut beliau setakat ini bagi 2015 terdapat sedikit peningkatan golongan yang diselamatkan berbanding tahun lepas, termasuk kes berulang.

Namun demikian, beliau berkata, JKMPP akan sentiasa melakukan pemantauan dan penguatkuasaan di bawah Akta Orang-Orang Papa 1977, lebih-lebih lagi menjelang Ramadan ini.

Operasi yang berakhir pada pukul 2.00 pagi itu turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), RELA, Agensi Anti dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kesihatan, Jabatan Imigresen, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang, Jabatan Pendaftaran, Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Pejabat Daerah Timur Laut.

 

 

 

Tinggalkan komen anda