Skip to main content
EkonomiViral

Laporan Interim 1MDB Tidak Akan Didedahkan Kepada Umum – PAC

By 15 Jun 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 15 Jun  — Laporan interim 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dijangka siap akhir bulan ini tidak akan didedahkan kepada umum, kata Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau berkata laporan yang disediakan oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang itu hanya akan dibentangkan kepada pihaknya untuk proses penelitian.

“Laporan interim itu sebagai laporan awal untuk proses siasatan kami dalam isu 1MDB. Buat masa sekarang kami tak ada niat nak dedah kepada umum.

“Laporan Ketua Audit Negara akan menjadi sebahagian daripada laporan PAC. Kita terima laporan AG dulu, kemudian kita akan duduk mesyuarat dan mempertimbangkan (dan) kemudian akan beritahu semua,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat PAC di Bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Polemik 1MDB timbul berikutan isu hutang RM42 bilion yang ditanggung syarikat pelaburan kerajaan itu yang dikritik banyak pihak.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda