Skip to main content
Berita TempatanHome

Mat Sabu Tewas Kepada Tuan Ibrahim Tuan Man

By 5 Jun 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA SELANGOR, 4 Jun – Jawatan Timbalan Presiden Pas beralih tangan apabila penyandangnya, Mohamad Sabu kalah dengan pencabarnya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu hanya meraih 279 undi berbanding Tuan Ibrahim yang mendapat 881 undi.

Jawatan tersebut sebelum ini pernah disandang oleh Nasharudin Mat Isa.

Manakala, jawatan Naib Presiden berjaya dimenangi oleh Idris Ahmad dengan 896 undi, Datuk Iskandar Samad (672) dan Datuk Mohd Amar Abdullah (710).

Tiga pencabar lain termasuk dua penyandangnya, Salahuddin Ayub (435) dan Datuk Husam Musa (317) gagal mempertahankan kedudukan.

Datuk Mahfuz Omar juga tewas dengan hanya mendapat 378 undi.

– Sinar Harian

Tinggalkan komen anda