Skip to main content
HomeViral

Media Sosial Meriah Menunggu Kepulangan Muhyiddin

By 2 Jun 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 2 Jun – Media sosial meriah menjangkakan kepulangan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini daripada percutian di Australia.

Jadual ketibaan beliau diikuti rapi berikutan kata dua Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada mereka yang membantah apa yang berlaku dalam syarikat pelaburan strategik, 1MDB pada mesyuarat kabinet Jumaat lepas.

Najib dilaporkan memberitahu anggota kabinet sama ada bersama beliau atau “meletakkan jawatan.”

Beberapa blog menggesa penyokong supaya menyambut kepulangan Muhyiddin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 9 malam ini.

Pelbagai mesej juga diedarkan meminta mereka keluar beramai-ramai ke KLIA.

Bagaimana pun, menurut seorang pegawai, mesej-mesej tersebut bukannya dari pejabat Timbalan Perdana Menteri.

Pegawai yang tidak mahu didedahkan identitinya itu berkata, “Kami tidak pernah mengundang sesiapa untuk mengucapkan selamat jalan atau selamat pulang kepada beliau  dari mana-mana.”

Sementara itu, dalam tweetnya Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata beliau bersetuju dengan kata dua yang diberikan Najib, tetapi dengan tiga syarat – supaya diadakan rasionalisasi 1MDB, kebertanggungjawaban dan ketelusan.

Muhyiddin tidak menghadiri mesyuarat khas Kabinet itu kerana beliau berada di seberang laut sejak 26 Mei.

Tidak lama dahulu, dalam satu rakaman video sewaktu sesi tertutup latihan UMNO, Muhyiddin mendesak Najib supaya seluruh lembaga 1MDB dibuang.

 

 

 

Tinggalkan komen anda