Skip to main content
EkonomiHomeViral

Anifah: Wall Street Journal Tidak Memahami Malaysia

By 27 Julai 2015Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

PUTRAJAYA, 27 Julai — Dalam surat terbuka kepada akhbar Wall Street Journal mengenai komen Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata dakwaan kononnya “suara tentangan” bekas ketua pembangkang itu tidak dapat didengar adalah tidak benar.

Menurut beliau, berita mengenai Anwar lebih banyak dilaporkan oleh berita dalam talian di Malaysia, dengan jumlah pembaca yang lebih ramai berbanding media cetak.

Anifah berkata, WSJ begitu pantas mengkritik Malaysia, namun ini menampakkan betapa ceteknya pengetahuan dan pemahaman akhbar itu mengenai negara ini dan sejarahnya.

“Jika seseorang meragui “kebebasan asas” rakyat Malaysia, mereka sendiri boleh lihat betapa bebasnya seseorang itu mengkritik kerajaan di laman berita ini,” ujar beliau.

“Adalah menyedihkan WSJ termakan dakwaan yang kecewa dan tidak berasas oleh seorang ahli politik dan mengemukakannya sebagai fakta – dengan itu bersikap memihak dalam politik dalaman Malaysia,” katanya.

Malahan, kata Anifah, sesetengah pihak bercakap begitu positif tentang Malaysia kebelakangan ini.

“Bloomberg memberi rating kepada Malaysia sebagai pasaran sedang muncul yang kelima paling menjanjikan di dunia pada 2015.

“Dalam Laporan terbaru Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), “Favourable Prospects for Malaysia’s Diversified Economy” seorang Felo Kanan di Majlis Perhubungan Asing menulis: “Perbincangan politik di Malaysia makin jauh lebih terbuka dari sedekad lampau”.

“Dan agensi rating Fitch baru-baru ini menaikkan prospek masa depan bagi Malaysia,” kata beliau.

Ini adalah hakikat mengenai Malaysia hari ini, kata menteri itu.

Anifah berkata Malaysia sebuah negara demokrasi sejak merdeka pada 1957 dan pertandingan sengit dalam setiap pilihan raya pernah berakhir denga pembangkang memenangi lima dari 13 negeri pada 2008.

Perbincangan politik begitu lantang, ujarnya.

Tiga hari lepas, Anwar dalam artikelnya disiarkan oleh WSJ menyelar kerajaan kerana mengenakan kawalan ketat ke atas kebebasan asasi.

Tinggalkan komen anda