Skip to main content
HomeViral

Azalina Terkejut Dilantik Menteri, Terima Kasih Kepada Najib

By 28 Julai 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

PETALING JAYA, 28 Julai — Menteri yang baharu dilantik, Datuk Seri Azalina Othman berkata, beliau hanya mengetahui mengenai berita pelantikan jawatannya dalam Kabinet menerusi pengumuman yang didengarnya menerusi radio.

“Saya berada di kawasan saya. Saya hanya mendengarnya melalui radio,” katanya ketika dihubungi The Star.

Azalina yang juga merupakan Ahli Parlimen Pengerang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada Selasa.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri di atas kepercayaan terhadap saya menerusi portfolio ini,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan barisan Kabinet baharu pada Selasa.

Tinggalkan komen anda