
Oleh Editor
KUALA LUMPUR, 1 Julai (KEMASKINI Malaysiaaktif) – Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengemukakan surat tunjuk sebab kepada The Edge Publications bersabit laporan-laporan spekulasi berlebihan mengenai isu syarikat pelaburan strategik negara, 1MDB.
Bahagian Komunikasi Korporat KDN memberitahu Malaysiaaktif dalam surat yang disampaikan kepada The Edge pada Isnin, mereka diminta memperjelaskan dalam masa tujuh hari kenapa tindakan tidak boleh diambil.
Surat tunjuk sebab dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN.
Sebelum ini Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata The Edge begitu melampau melangkau sempadan profesional apabila menerbitkan laporan-laporan berdasarkan khabar angin berhubung 1MDB.
Rahman yang juga seorang peguam antara ahli politik yang mengecam The Edge berikutan penangkapan warga Swiss Xavier Andre Justo oleh polis Thai bersabit dakwaan kegiatan memeras ugut.